
Theatre Mode Pada iOS 10.3?
iOS 10.2 baru sahaja dilancarkan beberapa minggu lalu, tetapi Apple nampaknya sudah bekerja keras untuk pelancaran iOS 10.3 pada masa hadapan.
Sonny Dickson seorang leaker yang sudah beberapa kali melaporkan beberapa berita sulit Apple memuat naik informasi mengenai iOS 10.3 melalui akaun Twitter beliau. Menurut beliau versi terbaru sistem operasi peranti mobil Apple itu akan mempunyai satu mod yang dikenali sebgai Theatre Mode.
Masih belum ada berita rasmi mengenai mod ini atau bagaimanakah rupa dan fungsi sebenarnya. Ada pendapat mengatakan bahawa ia merupakan mod paparan gelap yang boleh diaktifkan ketika anda berada di kawasan gelap seperti bilik tidur dan di panggung wayang. Ada pula yang mengatakan bahawa mod ini boleh diaktifkan ketika menonton video untuk menghalang notifikasi dari mengganggu tontonan video anda.
Bagaimana pula pendapat pengguna iOS? Adakah anda excited dengan ciri dan fungsi terbaru yang bakal ditawarkan iOS 10.3?