
Nixplay Seed, Bingkai Gambar Digital Untuk Media Sosial
Rekaan smartphone dan tablet yang ada di pasaran sekarang kelihatan sama sahaja, tiada perbezaan yang ketara dapat dilihat di antara satu sama lain. Kehadiran Nixplay Seed pastinya mampu menarik perhatian anda!
Nixplay Seed adalah sebuah bingkai gambar digital dengan rekaan klasik moden. Menampilkan tiga paparan skrin berukuran 7 inci sehingga 10 inci beresolusi HD, bingkai gambar digital ini boleh memaparkan gambar dari media sosial popular seperti Facebook dan juga Instagram.
Terdapat dua butang utama untuk mengawal dan mengubah paparan gambar yang sedia ada, dalam masa yang sama, anda juga boleh membuat panggilan video menggunakan sambungan WiFi. Selain boleh disambungkan dengan tiga peranti serentak, memainkan video daripada YouTube juga boleh dilakukan dengan menggunakan Nixplay Seed.
Buat yang berminat untuk memiliki bingkai gambar digital ini, pastikan anda menggunakan smartphone dari Android serta iOS. Harga jualan untuk produk ini adalah USD 129.99 (kira-kira RM 578).