
Neffos ingin memeriahkan Hari Raya anda dengan mengadakan pakej promosi eksklusif di Lazada. Neffos X1 dan X1 Max telah diperkenalkan pada awal tahun lalu, kini telah dibawa masuk ke pasaran tempatan. Anda boleh dapatkan Neffos X1 dan X1 Max dengan harga bermula RM699 yang akan berakhir pada 30 Jun ini. Setiap pembelian, pembeli akan diberikan kotak hadiah eksklusif edisi terhad Neffos (sementara stok masih ada). Di dalam kotak tersebut mengandungi selfie stick, sarung peranti jernih, pelindung skrin, dan iRing.
Neffos X1 dan Neffos X1 Max hadir warna Cloudy Grey dengan spesifikasi seperti pemproses MediaTek Helio P10 lapan teras, RAM sehingga 4GB, serta storan 64GB yang menyokong kad microSD sehingga 128GB. Bagi melengkapkan perkakasan, peranti ini menggunakan sambungan LTE, dwi band WiFi dan bateri berkapasiti 2,250mAh, manakala X1 Max dengan 3,000mAh juga menyokong pengescasan pantas.
Tambahan lagi, pada bulan Julai depan, anda juga layak untuk memenangi barangan edisi terhad Fazura serta album yang ditandatangan. Jadi, cepat persiapkan diri anda di bulan Syawal ini.