
OnePlus Akan Menggunakan Nombor ‘5’ Pada Flagship Akan Datang?!
Syarikat OnePlus sering memperkenalkan peranti high end pada harga jauh lebih rendah daripada flagship dari jenama-jenama besar yang lain. Di samping itu, OnePlus tidak pernah mengecewakan penggunanya dengan memberikan ciri-ciri yang terbaik pada setiap model yang dikeluarkan.
Selepas model 3T, khabar angin mengatakan OnePlus tidak akan menggunakan nombor ‘4’ sebagai nama model seterusnya, sebaliknya akan menggunakan nombor ‘5’. Nombor 4 bermakna mati dalam kepercayaan masyarakat Cina, maka mereka mengelak dari menggunakannya. Adakah betul tanggapan ini? Hanya OnePlus sahaja yang tahu.
Oleh itu, OnePlus 5 yang bocor di laman sesawang bakal hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 dan kapasiti RAM yang belum dikenalpasti. Di bahagian luaran pula, kemungkinan binaan premium serta kemas akan dilakukan. Nampaknya sensor kamera kali ini menggunakan 23MP dan bateri masih lagi rendah iaitu 3000mAh.
Pengesan cap jari turut dimuatkan pada peranti ini bersama paparan skrin QHD 2K, merupakan peranti pertama bagi OnePlus menggunakan paparan seumpamanya.Walau bagaimanapun, pihak OnePlus masih belum lagi memberikan kata putus untuk nama flagship mereka yang akan datang.
Apa-apa pun, kita nantikan kenyataan rasmi dari pihak OnePlus.