Data Backpack Sedia Kemudahan Penggunaan Kuota Data Pelan Pascabayar Di 12 Negara Terpilih

pic 1U Mobile Sdn Bhd selaku telco dengan rangkaian mudah alih terpantas di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan perkhidmatan terbarunya yang membolehkan pelanggan pelan pascabayar menggunakan kuota data di 12 buah negara terpilih. Perkhidmatan yang dikenali sebagai Data Backpack ini sudah boleh dinikmati mulai 14 April 2016 kepada pelanggan pascabayar U Mobile yang menggunakan pelan P70, i90, i130, UD95 dan juga UD135.

pic 2Negara yang terlibat dengan perkhidmatan U Mobile Data Backpack ini adalah Australia, Bangladesh, Kemboja, Hong Kong, India, Korea Selatan, Laos, Singapura, Thailand, Taiwan dan juga Filipina. Sekiranya pelanggan U Mobile Data Backpack telah melepasi kuota data pelan pasca bayar ketika berada di salah sebuah daripada 12 negara berkenaan, tambahan kuota 1.5GB boleh dilanggan pada harga hanya RM10 dengan tempoh sah selama 3 hari. Manakala untuk pelanggan yang tidak layak untuk menikmati perkhidmatan U Mobile Data Backpack, U Mobile turut memperkenalkan langganan pelan perayauan U Data Roam 10 bagi 12 negara tersebut. Bagi menikmati perkhidmatan terbaru ini, pelanggan dikehendaki memilih secara manual rakan perayauan U Mobile apabila tiba di 12 negara yang terlibat.

You might also like