Facebook Akan Memberitahu Jika Gambar Anda Diguna Pakai Oleh Pengguna Lain

Facebook baru-baru ini memperkenalkan beberapa ciri baru kepada penggunanya. Syarikat ini berpendapat pengenalan ini mungkin akan membantu pengguna untuk lebih berasa selamat di dalam media sosial terutamanya mengenai identiti.

Apa yang Facebook lakukan pada kali ini ialah pengguna seperti anda kini boleh mengetahui jika individu lain memuat naik gambar mengandungi wajah anda tanpa di-tag. Facebook juga mengatakan, anda juga akan diberi kawalan akses sama ada untuk di-tag, tinggal tanpa di-tag, atau terus berhubung dengan individu tersebut.

Selain daripada itu, pada masa akan datang Facebook juga akan menambah ciri baru di mana pengguna akan diberitahu jika gambar mereka digunakan pakai pada gambar profil akaun lain. Ciri ini juga dikatakan akan mengurangkan identiti palsu di laman Facebook.

Facebook akan memperkenalkan ciri-ciri ini kepada pengguna seluruh dunia kecuali Eropah dan Kanada atas sebab penawaran teknologi pengecaman wajah.

https://www.facebook.com/facebook/videos/10156892036321729/

Sumber

You might also like