Facebook Perkenalkan Fungsi Marketplace, Ruang Untuk Pengguna Jual Beli

1Facebook kini telah mengumumkan salah satu fungsi baru yang dinamakan sebagai Marketplace. Ia membolehkan pengguna Facebook untuk berjual-beli barangan dengan pengguna sekeliling dengan lebih mudah berdasarkan lokasi mereka. Buat masa sekarang, fungsi ini hanya diperkenalkan di empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan juga New Zealand. Apabila pengguna menekan ikon Marketplace pada aplikasi Facebook, senarai gambar barangan yang dijual oleh pengguna lain di lokasi berhampiran akan terpapar.2

Marketplace dilengkapi dengan fungsi carian yang membenarkan pengguna mencari barang-barang yang diinginkan secara terperinci seperti mengikut jenis barangan, lokasi dan harga. Dengan 1.8 billion pengguna di seluruh dunia, perkembangan Marketplace pastinya bakal diikuti rapat oleh para pesaing seperti eBay, Carousell dan Craigslist yang lebih awal menyediakan laman jual beli atas talian.

Facebook juga mungkin akan mengintegrasikan fungsi bayaran dan sebagainya pada masa akan datang, sekali gus membawa platform e-dagang lebih ke hadapan berbanding pesaing mereka

You might also like