vivo NEX Kini Rasmi – Peranti Tanpa Takuk Pertama Berharga RM2,799

Rasmi! Peranti penuh perbualan sejak diperkenalkan di luar negara kini rasmi di pasaran Malaysia dengan tanda harga jualan RM2,799.

Rekaan takuk walaupun menjadi trend pada pembinaan peranti masa kini, tetapi sebenarnya kurang diminati oleh pengguna. Vivo yang ingin membawa pengalaman bezal-less kepada peminatnya telah pun merealisasikan melalui kehadiran NEX.

vivo NEX mempunyai rekaan yang segar di mana kedudukan kamera hadapan jenis pop-up ini boleh disembunyi semasa tidak digunakan. Kamera hadapan beresolusi 8MP akan naik ke atas apabila aplikasi kamera diaktifkan, secara langsung membawa kelebihan pada paparan skrin penuh tanpa rekaan takuk padanya. Kamera utama pula beresolusi 12MP + 5MP.

Ia hadir bersama skrin 6.59 inci Ultra FullView™ Display dengan nisbah 19.3: 9, dibekalkan dengan Snapdragon 845 bersama 8GB RAM + 256GB ROM. Kapasiti bateri dikatakan agak besar iaitu 4,000mAh, menyokong pengecasan pantas.

Peranti yang beroperasi di bawah Android 8.0 Oreo berasaskan Funtouch OS 4.0, Snapdragon 845 dengan 8GB RAM dan 128GB ROM ini boleh didapati di semua kedai konsep vivo dan pengedar sah vivo seluruh negara bermula 28 Julai 2018.

 

Baca Juga:

 

You might also like