What Is Nex?! vivo APEX + X21 = vivo NEX

Ingat tak peranti konsep dari vivo yang tampil pada MWC 2018 yang lalu? Kehadiran vivo APEX pada masa itu membawa kejutan besar kepada pasaran digital, setelah lama menunggu akhirnya peranti konsep ini menjadi kenyataan dengan nama baharu diperkenalkan – vivo NEX.

vivo NEX mempunyai sebuah skrin penuh yang lain dengan peranti tersedia di pasaran, ia dinamakan sebagai Ultra FullView Zero Screen Display, di mana paparan sepenuhnya tanpa takuk dan bezel dibekalkan pada skrin berukuran 6.59 inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (2136 x 1080 piksel).

Selain paparan skrin penuh menjadi taruhan, satu lagi keunikan pada vivo NEX adalah kedudukan kamera depan telah disembunyikan pada bahagian atas peranti, ia akan muncul secara automatik setelah anda mengaktifkan kamera depan. Slot khas ini walaupun nampak sangat unik dan berteknologi tinggi, tetapi adakah ia akan menjadi tempat habuk berkumpul? Persoalan ini haruslah dipertikaikan pada masa hadapan.

vivo NEX juga tidak menyediakan sensor atau earpiece di bahagian atas skrin, semuanya disembunyikan di sebalik paparan skrin. Teknologi SoundCasting diguna untuk menjanjikan bunyi dan kualiti yang cukup sempurna. Seperti mana yang diketahui, vivo NEX juga menyokong teknologi pengimbas cap jari dalam skrin yang sama dengan vivo X21.

Pemproses untuk vivo NEX adalah Snapdragon 845, di bawah storan RAM 8GB dan 256GB ROM. Kapasiti bateri sebesar 4000mAh menawarkan penggunaan yang lebih tahan lama, tambahan lagi pengecasan 22.5W memberikan waktu pengecasan yang lebih pantas.

Teknologi menarik bertambah sempurna dengan adanya Jovi, Voice Assistant dari vivo. Fungsi berkuasa ini direka dengan butang Jovi AI pada sebelah kiri kerangka, ia boleh mengenalpasti gambar dalam paparan skrin dengan memberikan segala informasi yang berkenaan.

Peranti ini ditawarkan pada harga CNY4498 (kira-kira RM2791) untuk varian 8GB + 128GB, CNY4998 (kira-kira RM3102) untuk varian 8GB + 256GB, serta CNY3898 (kira-kira RM2419) untuk varian 6GB + 128GB. Sementara ini hanya tersedia di pasaran China sahaja.

 

 

You might also like