
vivo APEX Rasmi Diperkenalkan Di China – Sokong Mod Super HDR
Pada acara MWC 2018, vivo telah memperlihatkan telefon pintar konsep mereka yang diberi nama vivo APEX. Terkini, telefon pintar ini telah diperkenalkan secara rasmi di China. Hadir dengan paparan skrin penuh, ia diiktiraf sebagai telefon pintar dengan bezel paling nipis di dunia.
Lebih istimewa, vivo turut memperkenalkan ciri baru untuk penggambaran iaitu Super HDR yang mampu mengambil gambar berkualiti setanding kamera DSLR. Menampilkan paparan penuh teknologi FullView berkuran 5.99 inci, telefon ini juga satu tahap di hadapan menerusi pengimbas cap jari pada separuh skrin – tidak pada vivo X20 Plus UD, hanya ruang kecil sahaja boleh diakses untuk mengimbas jari.
Tidak cukup dengan itu, ia diperkenalkan dengan teknologi kejuruteraan kamera, speaker, dan elemen sensor jauh lebih baik daripada telefon pintar konvensional yang lain. Badan peranti ini memberikan rekaan yang kompak dengan ketebalan bezel hanya 1.8mm sekaligus nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 98%. Malah ia juga hadir dengan ketebalan hanya 7.8mm sahaja.
Kepada peminat swafoto, anda tidak perlu menunggu lama jika ingin bertukar ke kamera hadapan dari kamera utama kerana masa yang diambil hanya 0.8 saat sahaja. Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 845, vivo turut membawakan teknologi Screen SoundCasting membolehkan keseluruhan skrin menghasilkan audio. Teknologi ini akan menghantar gegaran melalui skrin tidak seperti speaker tradisional.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook vivo Malaysia.
https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/1013639862130206/

