Stor Terbesar Huawei Kini Dibuka Di MidValley Megamall

Takakom Cellular Sdn.Bhd baru-baru ini telah merasmikan sebuah stor Huawei di pusat membeli-belah MidValley Megamall. Setakat ini, kami juga difahamkan stor ini adalah yang terbesar di Malaysia dengan keluasan ruang pameran melebihi 1200 kaki persegi. Berada di tingkat dua, stor pengalaman ini menyediakan pelbagai tawaran menarik kepada pelanggan di sekitar Kuala Lumpur khususnya .

Dalam masa yang sama, Huawei juga mensasarkan kedudukan pertama dalam industri telefon pintar dengan memberikan pengalaman terbaik kepada setiap pelanggan. Setiap inovasi dan teknologi akan diterapkan ke dalam setiap produk Huawei dari sekarang hinggalah ke masa akan datang.

Pembukaan stor ini juga akan memberikan keselesaan kepada pengguna malah, Huawei kini menawarkan peranti flagship Huawei siri P, siri Mate dan aksesori tambahan lain di kesemua 53 stor Huawei seluruh Malaysia. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Huawei Malaysia.

sdr
You might also like