
Bercakap pasal bercuti, siapa tak suka kan? Melancong dan berjalan-jalan? Maklumlah, bukan selalu pun jalan-jalan ni. Sambil-sambil tu boleh juga rehatkan minda dan badan sambil memanfaatkan masa lawat tempat best-best. Lepas tu, confirm ambil gambar lawa-lawa untuk kenang-kenangan kan? Ye la, dah lawat tempat best kalau tak ambil gambar mesti rugi.
Tapi…Bila nak ambil gambar banyak-banyak ni mesti korang selalu risau mengenai storan tak cukup kan? Arghh memori penuh! Lepas tu, ada je masalah yang tak kena! Haaa, korang jangan risau lagi, kami ada cara bagaimana nak atasi semua itu. Eh, kenapa pula? Sebab, HONOR 9X kan ada! Dahlah memori dan bateri besar tahan lama! Skrin pun tak nak kalah! Hebat ke idok tu?
Okay, meh sini nak share sikit pasal HONOR 9X ni! Mostly semua yang ada pada HONOR 9X ni semua memang terbaik weh! Mana taknya kesemua spesifikasi yang ada hebat belaka – baik dari luaran mahupun dalaman. Apa yang hebat sangat tu? Pertama, HONOR 9X didatangkan dengan storan yang besar iaitu sehingga 128GB.
Memang terbaiklah! So, korang bolehlah simpan gambar dan video beribu-ribu & tak payah stress nak delete lagi. Apa? Masih tak cukup? Korang chill, storan ni pun support memori tambahan sehingga 512GB menerusi sokongan slot microSD. Terbaiklah boss! Boleh borong lebih ni…
Tak puas lagi? Nak lagi lebih untuk percutian korang? Ha, HONOR 9X juga dibekalkan dengan bateri yang besar berkapasiti 4,000mAh. Aha! Dengan kapasiti besar ni, sekarang korang dah boleh lupakan je mimpi ngeri nak pikul power bank yang berat tu lagi! So, korang boleh enjoy sepuasnya! Best sangat….
Eh! Tunggu dulu…Masih ada lagi yang menarik? Apa lagi? Dah tentulah skrin yang besar – dengan panel LTPS IPS LCD berukuran 6.59″ bersama resolusi FHD+. Puas kan? Sambil bercuti sambil tu boleh layan movie. Silap- silap boleh buat movie marathon terus.
https://youtu.be/X4_d8fDdHgs
🔥 SPESIFIKASI RINGKAS HONOR 9X 🔥
- 6.59″ IPS LCD FHD+ (2340 x 1080)
- Kirin 710F (12nm)
- 6GB RAM + 128GB ROM
- MicroSD 512GB
- Kamera Utama : 48MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4) + 2MP (f/2.4)
- Kamera Depan : 16 MP (f/2.2)
- Bateri 4,000 mAh (USB-C)
- Warna : Midnight Black & Sapphire Blue
Weh, terbaik bukan? Dengan harga di bawah RM1,000, korang boleh dapatkan semua ini dan bercuti dengan tenang sambil menikmati keindahan alam sekelilingnya. So, tunggu apa lagi? HONOR 9X tersedia dalam 2 pilihan warna – Midnight Black dan Sapphire Blue! Jangan lupa dapatkannya pada harga RM999 sahaja menerusi beberapa saluran berbeza, termasuk Hihonor, Lazada, Shopee serta di semua HONOR Experience Stores.

Oh ya, sebelum terlupa! HONOR Malaysia juga bekerjasama dengan jenama pakaian popular, Stoned & Co. memperkenalkan edisi terhad HONOR 9X Stoned & Co.! Edisi terhad ini didatangkan dengan kotak pembungkusan dengan logo ikonik daun maple Jepun bersama rekaan panel belakang yang cukup gah!

Edisi terhad ini tersedia dengan tawaran harga RM999, anda boleh beli melalui laman rasmi hihonor. Mesra diingatkan, edisi ini hanya ditawarkan sebanyak 200 unit sahaja! SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!
**Advertorial daripada HONOR Malaysia

