TERTIRIS!!! ASUS ZenFone 5 Dijual Pada Harga RM1,299?!

ASUS Malaysia bakal melancarkan siri terbaru ZenFone 5 pada 31 Mei 2018 nanti, sebelum rasmi peranti ini sudah mendapat perhatian tinggi dari kalangan orang ramai sejak MWC yang lepas.

ZenFone 5 akan dijual bermula 4 Jun 2018

Seperti yang diketahui, ZenFone 5 hadir dengan rekaan premium terutamanya rekaan laser pada panel belakangnya. Dibekalkan dengan paparan skrin takuk 6.2 inci, menyokong cip pemproses Snapdragon 636 bersama 4GB RAM dan 64GB ROM menjadikan peranti ini nampak lebih berkuasa. Pembinaan dwi kamera utama beresolusi 12MP turut disediakan pada ZenFone 5, manakala kamera hadapan beresolusi 8MP.

Jualan ZenFone Max Pro (M1) juga akan bermula pada 1 Jun 2018

Selain spesifikasi menjadi taruhan utama pada setiap peranti, harga jualan juga akan mempengaruhi kuasa perbelanjaan. Sehari sebelum ZenFone 5 dirasmikan, laman e-dagang Lazada tiba-tiba terdedah harga jualan ZenFone 5 adalah RM1,299! Walaupun post tersebut telah diturunkan oleh pihak Lazada, namum dengan tanda harga ini cukup memadai bagi anda yang menunggu lama.

Maka kita hanya perlu menunggu hari pelancaran dan pengumuman Rasmi dari ASUS.

 

Hands-on! ASUS ZenFone 5 ↓↓↓

 

 

You might also like