Kolaborasi Boost & Setel Beri Pengalaman Mengisi Minyak Yang Lagi Awesome!!!

E-dompet tempatan Boost telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Setel pada hari ini –  aplikasi mudah alih pertama di dalam negara yang membawakan pengalaman mengisi minyak dan berbelanja yang lancar dan santai kepada pelanggan PETRONAS.

Ini bermakna pengguna boleh mengakses Setel secara langsung melalui Boost, dan membeli minyak dari peranti mudah alih tanpa meninggalkan kereta. Pengguna juga boleh menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi di stesen PETRONAS, sekaligus menerima ganjaran dua kali ganda apabila membayar dengan Boost.

Pengguna baharu boleh membuka akaun Setel dari Boost dengan memilih tile ‘Transport,’ tekan tile Setel dan isi nombor telefon. Seteleh didaftarkan, pengguna hanya perlu mengisi maklumat pam minyak dan kuantiti minyak yang diinginkan.

Bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020, Boost dan Setel akan memberikan 10% pulangan tunai yang terhad kepada RM5 sambil perbelanjaan minimum RM30. Pulangan tunai ditawarkan kepada 200,000 pelanggan baharu Setel yang melakukan transaksi pertama melalui Boost di stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan Setel. Pulangan tunai yang diterima akan dikredit secara automatik ke dalam ‘Partner Wallet’ di akaun pengguna Boost dalam tempoh tujuh (7) hari.

Sebarang pulangan tunai di dalam ‘Partner Wallet’ akan dipotong secara automatik dengan perbelanjaan minimum RM20 di kunjungan seterusnya ke stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan Setel. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Boost di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp) serta laman sesawang di www.myboost.com.my. Boost boleh dimuat turun di Google Play, App Store atau HUAWEI AppGallery.

You might also like