
Dengan harga serendah RM189 anda boleh membawa pulang OPPO R9s terbaru dengan menjadi sebahagian daripada pelanggan pascabayar Digi.
Pelanggan pelan Digi Postpaid 138 yang melanggan melebihi setahun boleh memiliki OPPO R9s dengan harga serendah RM189, manakala pelanggan yang belum cukup setahun atau pelanggan baru perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM1290 dan wang tersebut akan dikembalikan dalam bentuk rebat dalam tempoh 24 bulan.
OPPO R9s yang dilengkapi kamera depan dan belakang 16MP dengan dual PDAF bersama aperture F/1.7 sangat sesuai digunakan dalam keadaan yang gelap, anda akan merasa setiap gambar menjadi terang dan cantik. Malah di dalam badan telefon pintar ini telah disaratkan dengan bateri sebanyak 3010mAh cukup untuk anda melakukan tugas seharian dengan aktiviti sosial.

