
Tak Perlu Tunggu Samsung Galaxy S8 Untuk Guna Bixby!
Bixby ialah pembantu bagi peranti Samsung Galaxy S8 yang memudahkan anda membuka apa sahaja melalui arahan suara. Memang mudah jika Bixby juga ada pada peranti Samsung Galaxy S7 anda bukan?! Ada caranya, tapi bukan secara rasmi di Google Play Store.
Pengguna Samsung Galaxy S7 boleh memuat turun melalui cara seperti berikut yang telah dikongsi oleh XDA Developer Forums:-
- Muat turun Galaxy S8 Launcher
- Muat turun Bixby apk
- Masuk ke Settings di Galaxy S8 Launcher dengan menekan lama di Home Screen
- Aktifkan Bixby
- Reboot peranti
- Selak ke kiri untuk Bixby
Itu saja, Selamat mencuba!

