Samsung Memperkenalkan Bixby Secara Rasmi
Samsung telah mengesahkan bahawa Bixby bakal hadir ke dalam ekosistem peranti pintar Samsung dan akan diperkenalkan pada peranti Galaxy S8.
Bixby merupakan servis kecerdasan pintar yang kami rasakan hampir menyamai Google Assistant. Menurut Samsung, Bixby mampu melakukan tugasan yang meluas, memahami konteks perbualan dan juga memahami frasa atau arahan yang tidak lengkap.
Apa Yang Kita Mungkin Dapat Lihat Dengan Bixby?
-
Butang Galaxy S8 Bixby
Samsung telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy S8 akan mempunyai butang khas untuk Bixby. Butang ini akan menjadi pusat kepada penggunaan Bixby selain dari mengakses kunci telefon, panggilan dan lain-lain.
-
Pengganti S-Voice
Bixby akan menjadi satu sistem pembantu dan pengecam yang lengkap, ia akan menggantikan S-Voice pada peranti Samsung. Masih tidak dapat dipastikan adalah ia akan menggantikan Google Voice yang kini sudah diintegrasikan bersama Google Assistant, memandangkan Google sudah pun melancarkan Google Assistant pada peranti yang menggunakan Android Nougat dan Marshmallow.
-
Pencarian Konteks dan Visual
Pengguna dapat meminta Bixby untuk mencari informasi berdasarkan gambar di dalam galeri peranti dan juga kamera. Selain dari menawarkan pencarian visual, Bixby juga mampu bertindak sebagai alat OCR menggunakan kamera Galaxy S8.
-
Bixby Pay
Menurut SamMobile, Samsung juga sedang berusaha untuk membangunkan sistem Bixby Pay untuk membantu pengguna melakukan pembayaran melalui arahan suara.

