

Vivo Nex 3 5G yang bakal menemui peminat tanah air pada 17 Oktober ini bakal dihadirkan dengan cip pemproses yang sangat berkuasa iaitu Qualcomm Snapdragon 855 Plus yang pastinya mempamerkan prestasi yang menakjubkan. Ia turut bakal dipadankan dengan 8GB RAM dan 256GB ROM UFS 3.0.
Peranti ini pastinya mampu memberikan pengalaman bermain game yang terbaik ekoran daripada prestasi pemproses yang menakjubkan. Ia turut dihadirkan dengan vivo Vapor Champer Cooling Technology yang memberikan sistem penyejukkan yang baik kepada telefon ini.

Dalam pada itu, ia turut dihadirkan dengan Game Mode yang mampu memberikan kelancaran ketika bermain game.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook Vivo atau laman sesawang vivo.
Beli peranti Vivo Di sini:
___________________________________________
Artikel Berkaitan:

