(KHABAR ANGIN) Samsung Akan Memperkenalkan Galaxy Tab S3 Pada Awal September?!

2 1

Sebuah gambar spesifikasi telah tertiris di laman sesawang dan ia dikhabarkan adalah model terbaru Samsung. Samsung yang baru sahaja melancarkan smartphone terbarunya Galaxy A9 Pro di pasaran Malaysia, dikhabarkan akan memperkenalkan tablet terbarunya pada bulan September 2016 ini.

Seperti sedia maklum, terdapat satu pameran pada bulan September yang dikenali sebagai IFA 2016 dan Samsung merupakan salah satu pengeluar yang pastinya mengambil bahagian.

Apakah spesifikasi dan ciri-ciri baru yang akan dibawakan oleh tablet berkenaan, masih menjadi tanda tanya! Tetapi editor pasti spesifikasi serta rekaan tablet berkenaan akan dapat dilihat tidak lama lagi. Tiada sebarang maklumat rasmi daripada pihak Samsung, tetapi editor rasa buat masa sekarang lebih ramai yang menungggu pelancaran Samsung Galaxy Note 7  berbanding tablet ini kan?

 

You might also like