Meizu MX6: Peranti 10-core Helio X20 Dilancarkan

beauty_7a67e80154328x4sz04xxy00o5riyMeizu telah memperkenalkan sebuah lagi smartphone yang diberi nama Meizu MX6 yang dilancarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.

Meizu MX6 hadir dengan paparan skrin berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD 1080p, ia menampilkan rekaan kaca 2.5D yang memberikan keselesaan apabila dipegang. Yang menjadi tarikan utama pada peranti kali ini adalah keistimewaan pada pemproses, di mana MX6 telah dikuasakan dengan pemproses 10-core 2.3GHz Helio X20 bersama GPU Mali-T880MP4. Manakala memori pula diserikan lagi dengan RAM LPDDR3 4GB RAM dan memori dalaman berkapasiti 32GB.

smooth-1-real_ec43123 smooth-2-real_c3bcd7ePenggambarannya juga menarik, di mana MX6 menyokong lensa kamera utama 12 Megapiksel dengan dual LED flash dan kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel dengan mod FotoNation 2.0. Fungsi pengimbas cap jari serta pengecasan pantas menggunakan kabel USB Type-C turut disediakan pada peranti ini. Meizu MX6 telahpun dijual di China dengan harga tawaran RMB 1999 (kira-kira RM 1207).

 

You might also like