Meriahkan Teknologi Pendidikan Digital Dengan JOI® & Intel®

Apa? MASUK PERCUMA?! Fuhhh! Dahlah masuk percuma, boleh dapat banyak ilmu menarik pulak! Memang terbaiklah! Mari Menimba Ilmu! Ayuh ramai-ramai memeriahkan seminar transformasi pembelajaran dengan Intel di UTHM!

SNS Network (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bakal menganjurkan Teknologi Pendidikan Digital bersama IT Rakan Industri di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn pada 17 dan 18 November ini, jam 9 pagi – 4 petang.

Seminar ini bertujuan menyediakan pelbagai aktiviti menarik menerusi pameran pendekatan ICT dalam proses pembelajaran dipertingkatkan sebagai usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang.

Seminar ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Bin Malik dan turut disertai oleh Pengarah SNS Network (M) Sdn Bhd, Encik Ko Yun Hung sebagai pembentang seminar. Selain itu, seminar ini turut menampilkan sebanyak 200 wakil institusi termasuk K12, Pendidikan Tinggi Teknikal dan Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Seminar yang berlangsung selama 2 hari ini bakal mendedahkan para peserta dengan penyelesaian ICT yang berbeza dan memberi lebih pemahaman mengenai pendidikan masa depan – mengubah pendidikan menerusi teknologi.

Dalam pada itu, SNS Network (M) Sdn Bhd juga bakal memperkenalkan JOI® Smart Classroom yang akan dipersembahkan dalam JOI® Smart truck. Pendidikan Digital Berasaskan Abad Ke-21 menyediakan pendekatan pembelajaran yang fleksibel dengan persekitaran berbeza – sekaligus bantu memotivasikan pelajar untuk terus belajar menerusi interaksi dan perbincangan yang mana semua ini dikuasakan oleh Intel®.

Lebih menarik, terdapat food truck tersedia yang menjual makanan dan minuman. Semua dijemput dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi, anda yang berminat boleh daftar segera menerusi PAUTAN INI!

Jangan lupa kongsi dan ajak keluarga serta kawan-kawan yang berminat juga! Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 1700 – 817- 616, atau layari laman rasmi JOI.

 

 

You might also like