Slot Dwi Sokongan MicroSD dan UFS

940
- Iklan -

2.1Beberapa hari lalu eRing ada kongsikan berita mengenai kad UFS yang dibangunkan Samsung , kad memori berkelajuan tinggi tersebut menerima reaksi yang sangat positif dari pengguna dan juga pengeluar peranti teknologi.

Namun terdapat isu yang membimbangkan, majoriti pengguna tidak mahu MicroSD mati begitu sahaja dan mahukan versatiliti dalam penggunaan storan mudah alih, di mana mereka mempunyai kebebasan untuk memilih MicroSD atau UFS.

Samsung sudah pun mempunyai jalan penyelesaiannya, mereka baru mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan slot dwi fungsi yang akan menyokong MicroSD dan juga UFS. Selain itu Samsung juga memberitahu bahawa mereka sedang bekerjasama dengan nama-nama besar bagi memperkenelkan slot tersebut ke dalam peranti-peranti terbaru, adakah ia akan hadir pada Samsung Galaxy Note 7 ? Kita tunggu dan lihat.