
Selamat Tinggal MicroSD, Hello UFS!
https://www.youtube.com/watch?v=iTvC0kiecA0&feature=youtu.be
Generasi baru storan mudah alih kompak sudah hadir bagi menggantikan MicroSD yang sudah lama digunakan. Dikenali dengan nama UFS, ia merupakan hasil pembangunan Samsung yang dikatakan 5 kali lebih pantas dan efektif berbanding MicroSD.
UFS hadir dalam variasi storan 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB, ia disasarkan untuk kegunaan pada peranti fotografi/video profesional seperti kamera DSLR, kamera VR, kamera aksi dan lain-lain. Samsung mendakwa bahawa UFS mampu memproses fail video HD penuh bersaiz 5GB dalam masa hanya 10 saat, untuk perbandingan kad UHS-1 microSD memerlukan masa 50 saat untuk memproses fail yang sama. Satu spesifikasi yang sangat menarik buat pengguna yang mahukan kepantasan di dalam peranti mudah alih mereka.
Samsung bagaimanapun tidak memberitahu sama ada kad UFS ini serasi dengan peranti sedia ada yang menggunakan MicroSD, namun menurut beberapa sumber UFS berkemungkinan besar tidak akan serasi dengan peranti dengan slot MicroSD. Selain itu, Samsung juga tidak mengumumkan harga dan juga tarikh UFS akan dijual.

