
Jam tangan yang dikeluarkan kini bukan sekadar hanya untuk gaya, malah hadir dengan pelbagai fungsi tambahan yang boleh dimuat turun di Google Play. Ia termasuk jam tangan yang dapat membantu masyarakat muslim terutamanya dalam memudahkan anda melakukan ibadah fardu.
BURUJ adalah sebuah jam tangan yang menyediakan maklumat waktu solat di seluruh dunia, kompas kiblat automatik bagi merujuk arah kiblat dengan tepat serta aplikasi tasbih digital. Gabungan tiga dalam satu ini pastinya menarik minat khususnya golongan muda yang gilakan gajet.
Seandainya anda menghadapi masalah dalam pengurusan masa, jam ini boleh menyelamatkan daripada terlepas waktu melaksanakan ibadah wajib. Lebih menarik lagi, anda boleh menulis nama sendiri pada jam tangan ini. Bagi pengguna yang tidak tahu berbahasa arab, jam tangan BURUJ juga tersedia dalam bahasa inggeris.
Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa lama ia mampu bertahan? Usah risau kerana jam tangan BURUJ akan memaparkan bateri yang tinggal dan bateri boleh bertahan sehingga 3 tahun sebelum perlu menukarnya.
Kepada yang berminat untuk membeli jam tangan Buruj ini, ia dijual pada harga RM329.

