
HTC 10 yang didedahkan secara rasmi pada bulan April yang lepas, kini nampaknya sudah bersedia hadir ke pasaran Malaysia secara rasmi.
Flagship 2016 dari HTC itu kini boleh ditempah dari laman web DirectD dan juga 11street pada harga RM 2,799, mereka yang melakukan pra-tempahan juga bakal menerima HTC Ice View Flip Case secara percuma.
HTC 10 dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti Qualcomm Snapdragon 820 Chipset, RAM 4GB dan kamera 12MP UltraPixel. Ia juga menggunakan sambungan generasi baru iaitu USB Type C yang mempunyai kebolehan pertukaran data yang lebih baik.
Adakah anda berminat untuk mendapatkan flagship ini, atau adakah ianya terlalu mahal?