Samsung Galaxy S11 Muncul Dengan Rekaan Kamera Empat Segi?!

Setelah gambaran awal siri Samsung Galaxy S11 terdedah di laman sesawang, ura-ura mengenai peranti ini tidak pernah berhenti di mana ada khabar angin mengatakan ia bakal menggunakan sensor 108MP terkini, di samping menyokong 5x optikal zum.

Terbaru satu fail CAD Galaxy S11 pula tertiris dengan rekaan kamera yang berupa empat segi, yang meletakkan lima sensor dan LED Flash padanya. Posisi kamera ini pertama kali digunakan oleh Samsung, dan ia kelihatan agak timbul di bahagian panel belakang.

Adakah rekaan menjadi benar pada hari siri S11 diperkenalkan? Dan apa kata anda pula dengan rekaan ini?

 [ Reviu Eksklusif ] Samsung Galaxy S10+ : Peranti Serba Moden Dengan Spesifikasi Sempurna Yang Tiada Tolok Banding ]

________________

BACA JUGA:

 

You might also like