Vivo S1 Pro Bakal Tampil Dengan Kamera Swafoto Luar Biasa 32MP & 48MP kamera Utama!

Bersempena dengan pelancaran peranti Vivo S1 Pro di malaysia pada 3 Disember ini, mereka telah mendedahkan keupayaan kamera peranti ini yang sangat menakjubkan.

Menurut Vivo, S1 pro ini bakal dilengkapi dengan kamera hadapan 32MP dan disertakan dengan AI Face Beauty. Ia turut dilengkapi dengan beberapa ciri lain seperti Pose Master, Portrait Framing dan Portrait light effects bagi menghasilkan gambar selfie yang lebih baik.

Berbicara tentang kamera, Vivo S1 pro ini turut dilengkapi dengan kamera kamera di bahagian belakang yang mana kamera utamanya adalah 48MP. Melengkapi kehebatan kamera ini adalah 8MP Super Wide-Angle Camera, 2MP Super Macro Lens dan 2MP Bokeh Camera yang mampu memberikan gambar yang menawan.

Walaubagaimanapun, spesifikasi dalam peranti ini belum diketahui lagi. Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini di Malaysia!

__________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like