OPPO F5 Youth Berharga RM1,098 – Mula Dijual Pada 2 Disember 2017

OPPO Malaysia akhirnya mengumumkan harga bagi model F5 Youth, berharga RM1,098. Menawarkan dua pilihan warna iaitu emas dan hitam, telefon pintar ini akan dijual bermula 2 Disember 2017.

OPPO F5 Youth kini hadir dengan memori RAM 3GB dan storan 32GB yang menyokong kad microSD. Ia adalah peranti dengan kerangka badan seiras iaitu paparan hampir penuh 6.0 inci FHD+ 18:9 di depan tetapi didatangkan dengan konfigurasi kamera berlainan.

Kamera depan 16 Megapiksel dilengkapi bersama teknologi AI yang buat pertama kalinya diperkenalkan pada OPPO F5. Gabungan aperture f/2.0 dan AI Beauty Recognition membolehkan teknologi pintar ini mengambil gambar swafoto dengan lebih jelas dan cantik.

Bukan itu sahaja, AI Beauty juga berfungsi untuk mengecam titik pada wajah dan ia juga mampu menentukan umur dan jantina serta melaras tona warna kulit pengguna.

Malah ia juga mampu mempertingkatkan pencahayaan pada wajah pengguna dalam persekitaran yang gelap bagi mendapatkan swafoto yang lebih jelas dan asli.

You might also like