
Tanpa apa-apa sebarang hint mahupun desas-desus, Pokémon Company telah melancarkan satu permainan Pokémon terbaru menggunakan konsep boardgame.
Pokémon Duel ditawarkan kepada peranti Android dan iOS dan boleh dimuat turun secara percuma. Permainan ini memerlukan pemain mengawal patung karakter Pokémon di dalam pertarungan mengikut giliran, seperti permainan catur atau dam.
Untuk memenagi perlawanan di dalam Pokémon Duel, pemain perlu menggerakkan salah satu daripada Pokémon ke dalam kawasan khas pasukan lawan. Kelebihan dan pergerakan unik yang ada pada setiap karakter perlu digunakan sebaik mungkin untuk memenangi pertarungan. Permainan ini mempunyai mod perlawanan pemain-vs-AI dan pemain-vs-pemain serta ranking pemain.

