Google Drive Kini Turut Dihadirkan Dalam Bentuk PWA!!!

Buat yang tidak tahu, google kini telah menawarkan Google Drive dalam bentuk aplikasi web progresif yang dikenali sebagai PWA.

Bagi pengguna yang menggunakan pelayar web yang menyokong PWA, Google Drive akan muncul dan terlihat pada bahagian bar carian dan anda boleh memasang aplikasi Google Drive dalam bentuk PWA. Jika tiada, tekan simbol menu 3 titik dan pilih ‘Install Google Drive’.

Bagi yang tidak mengetahui, pengguna yang menggunakan Chrome atau Android yang mempunyai kapasiti memori yang kecil, anda digalakkan menggunakan PWA ini.

You might also like