
Peranti Misteri realme Muncul Di Penanda Aras AnTuTu? – Catat Skor Sebanyak 574,985 Mata
realme dijangka muncul dengan peranti yang dikuasakan oleh chipset Snapdragon 865 dan kini ia didakwa telah muncul di ujian penanda aras AnTuTu. Peranti misteri ini muncul dengan kod nama “realme RMX2071” dan ia dilihat mencatatkan skor pecah rekod – 574,985 mata, di mana merupakan skor tertinggi dicatatkan setakat ini.

Ramai pihak mula berspekulasi peranti ini mungkin muncul sebagai realme X50 Pro – pengganti baru dengan peningkatan lebih baik untuk realme X50 yang dikuasakan oleh chipset Snapdragon 756G. Maklumat mengenai spesikasi utama peranti masih belum diketahui buat masa ini. Khabar angin turut mendedahkan realme bakal muncul dengan peranti flagship dikuasakan oleh Snapdragon 865 di persidangan MWC Barcelona pada 24 Februari ini.

Bagaimanapun, pungutan mata ini boleh dikatakan sesuatu yang mengagumkan berbanding realme X2 Pro (467,653 mata) – dengan peningkatan 20% lebih baik untuk prestasi keseluruhan. Korang rasa macam mana? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

