
Twitch baru sahaja mengumumkan langkah untuk membenarkan streamers memuat naik video pasca rakaman mahupun secara langsung, kali ini tidak terikat untuk kandungan permainan semata-mata.
Twitch merupakan platform video utama bagi dunia permainan di mana orang ramai berkongsi pelbagai informasi, menonton gameplay dan pelbagai lagi. Kandungan terhad kepada permainan sahaja menjadikan Twitch agak asing bagi orang luar dan gamer kasual.
Bagi meluaskan lagi pengaruh mereka, Twitch bercadang untuk tidak lagi terikat dengan kandungan permainan dan membenarkan kandungan umum juga dimuat naik ke platform mereka. Walaupun begitu mereka masih akan mengenakan beberapa sekatan kepada kandungan sensitif dan tidak selamat.
Selain itu Twitch juga akan melancarkan sokongan siaran secara langsung dari aplikasi mobil pada tahun hadapan, masih tiada lagi tarikh rasmi bilakah fungsi ini boleh digunakan. Sekarang ini Twitch sedang mencuba fungsi siaran langsung mobil bersama beberapa pengguna di dalam program Beta.

