Berjimat Ketika Membeli Peranti Huawei Dengan Program Trade-Up

1Kini sesiapa sahaja boleh menikmati penjimatan ketika mendapatkan smartphone baru melalui program Trade-Up dari Huawei Malaysia. Anda boleh mendapatkan pelbagai model smartphone Huawei dengan harga serendah RM 499!

Bermula 1 Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017, anda boleh menikmati kredit pembelian segera untuk mendapatkan Huawei Mate 9, P9, P9 Plus atau MediaPad M3 dari pengedar dan penjual sah Huawei. Program ini hadir pada masa yang tepat, selari dengan pelancaran peranti flagship terbaru Huawei Mate 9.

Apa anda perlu lakukan adalah membawa smartphone anda ke pengedar / penjual sah Huawei di mana mereka akan menilai peranti berdasarkan kepada keadaan dan spesifikasi peranti anda. Setelah diterima, nilai trade-in akan diaplikasikan untuk pembelian smartphone Huawei anda. Selain itu, Huawei juga akan memberikan kad MicroSD 32GB secara percuma bagi setiap pembelian.

yang berminat perlulah bergerak pantas!

You might also like