
Xiaomi Redmi 5A Diumumkan Dengan Snapdragon Pada Harga Rendah

Xiaomi menambah lagi produk telefon pintar mereka dengan memperkenalkan Xiaomi Redmi 5A, wakil peranti untuk kategori permulaan yang menfokuskan harga.
Xiaomi Redmi 5A dilengkapi skrin 5 inci dengan paparan HD 720p. Perkakasan dalaman dimuatkan dengan set cip Qualcomm Snapdragon 425 dan ia dijana melalui MIUI 9. Dilengkapkan dengan RAM sebesar 2GB dan storan sebanyak 16GB. Ia juga menyokong slot Hybrid untuk kegunaan dua SIM atau kad microSD sekiranya memori tidak mencukupi.

Kamera utama disertakan sensor 13 Megapiksel f/2.2 dan kamera swafoto menyediakan kamera 5 Megapiksel f/2.0. Rakaman video pula boleh diambil menggunakan kualiti 1080p untuk 30fps.

Kerangka badan peranti ini seiras Redmi 4A, namun kapasiti bateri telah diturunkan kepada 3,000mAh daripada 4,000mAh.
Redmi 5A akan dijual di China terlebih dahulu pada harga RMB600 iaitu sekitar RM383 sebuah.

