

Anda tidak dapat menjangka sesuatu barang itu akan rosak melainkan ia sudahpun rosak. Selepas itu, mungkin anda akan berasa marah dan membuat keputusan untuk membaiki atau menggantikannya, lebih malang apabila ia teus disorong ke dalam lori besi buruk.
Dengan adanya aplikasi Thousand Hands, anda tidak perlu lagi buntu mencari pembaiki atau juruteknik untuk membaiki alat pendingin hawa sebagai contoh. Ia lebih menjimatkan dan lebih efisyen kerana anda boleh menetapkan berapa harga yang perlu dibayar tanpa ‘disembelih’ oleh pembekal perkhidmatan.

Anda boleh menyenaraikan apa jua perkhidmatan misalnya membaiki laptop, pembaikan paip, memotong rumput, dan lain-lain. Sejurus pilihan dibuat, anda boleh meletakkan harga kemudian, pembida pembekal yang berminat akan meletakkan harga yang paling hampir.

Kuasa pengguna juga boleh digunakan dengan menyemak informasi harga, rating, dan rebiu yang disediakan di dalam aplikasi. Pembayaran pula boleh dibuat tanpa tunai secara terus di dalam aplikasi atau bayar secara langsung kepada penyelia perkhidmatan setelah servis selesai dilakukan.
Aplikasi ini sudah boleh dimuat turun secara rasminya di platfom Android dan iOS bermula hari ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Facebook Thousand Hands.

