Review Eksklusif: OPPO A53 Dengan Kadar Segar Semula 90Hz!!! Performance Okay Ke?

317

OPPO baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai OPPO A53. Kalau di ikutkan spesifikasi di atas kertas, ia seperti menjanjikan keupayaan yang baik bagi kelasnya. Jangan mudah percaya. Jom kita tengok dulu macam mana!!!!

Design Tak Serupa Harga!!!

Biasanya kalau nak tengok design yang betul-betul nampak mewah, mesti kena beli telefon yang level Datuk-datuk. Tapi korang dah tak payah nak risau sebab OPPO A53 boleh buat korang berlagak seperti memeliki telefon flagship kerana rekaannya sangat eksklusif.

Panel belakang yang sangat unik dengan warna kontra warna yang di tampilkan memberikan nafas baru pada rekaannya. Senang cerita nampak mahal!!!Kerana ia tampil dengan 3D Iridescent Wave Design Material. Patut laa cantik!!Iia ditampilkan juga sangat selesa untuk dipegang.

Susunan kamera pada bahagian belakang juga disusun dengan sangat kemas. Tidak pelik dan sangat simple. Bak kata orang putih, Less is more. Gittew!!! Nah korang tengok sendiri rekaannya!!!

Paparan 90 Hz Neo Display!!!!

Kalau korang nak tahu, peranti ini hadir dengan skrin 6.5 HD+ Display yang sangat luas dengan bezel yang sangat nipis. Apa yang menjadi sorotan adalah ia hadir dengan kadar segar semula 90Hz. Jadi gambar anda akan lebih smooth, dan tiada lag.

Warna yang terhasil juga sangat baik khususnya ketika anda sedang menonton video. Disebabkan ia tampil dengan 90Hz, jadi kawalan ketika anda bermain game juga tiada masalah!!

Pemproses Boleh Tahan!!

Bagi pemproses pula, ia dihadirkan dengan Snapdragon 460 yang not bad.Turut dipadankan dengan Ram sebesar 4GB dan storan sebesar 64GB. Prestasinya tidaklah begitu hebat, namun ia memberikan keupayaan yang sangat memuaskan.

Kami telah menjalankan ke atas peranti ini menggunakan Geekbench 5. Hasil daripada ujian tersebut adalah baik. Berikut adalah hasil ujian tersebut.

Kamera Masih Okay!!

Jika dilihat dari aspek kameranya, ia tampil dengan 13MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan. Jika dilihat dari hasil gambar menunjukkan bahawa ia berada pada paras biashe-biashe. Warna yang dihasilkan masih baik namun ia agak sedikit tidak real.

Namun, bagi kamera hadapan pula, ia mempamerkan prestasi yang lebih baik. Kualiti yang terhasil sangat baik terutama ketika ia menerima pencahayaan yang mencukupi. Tak percaya? Tengok ni!!

Bateri 5000mAh Memang Tahan Lama!!!

Sati sorotan yang hadir pada telefon ini adalah kapasiiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh. Jadi penggunaannya adalah lebih lama berbanding telefon lain dan anda tidak akan ada masalah dengan bateri cepat habis. Nak main game atau melakukan tugasan harian sudah tidak menjadi masalah.

Kami cuba untuk melakukan ujian pengecasan dan ia memperlihatkan keupayaan yang mengagumkan. Kami mula mengecas pada jam 9.32 pagi ketika bateri berada pada paras 27%. Ia mencapai 100% pada jam 12.01 tengah hari. Proses pengecasa mengambil masa sedikit lama.

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, peranti ini memperlihatkan prestasi yang masih baik. Ia mampu melaksanakan tugasan yang diperlukan.Jadi jika bajet anda sedikit untuk membeli peranti baharu, ini mungkin jawapan buat anda!!