HONOR X9 5G Yang diiktiraf Sebagai Telefon Pintar Kegemaran Utama Pengguna di China Mendapat Sambutan Pra Tempahan Yang Hangat!

Pelancaran terbaharu HONOR, HONOR X9 5G menarik perhatian ramai, ditambah dengan kemunculan semula HONOR X8, membuatkan peminat di Malaysia teruja apabila jualan pra-tempah mula dibuka.

HONOR X9 5G menampilkan ciri-ciri hebat dalam dunia telefon pintar, baru-baru ini dinobatkan sebagai “Jualan Paling Laris dalam Lingkungan Harga ¥1,500~2,000” di China, ditambah dengan pengiktirafan sebagai “Telefon Kegemaran Pengguna Tahunan” oleh media China Cww.net.cn.

Keterujaan bertambah apabila peminat memuji kualitinya yang premium, dinilai sebagai ‘Bilangan ‘Rating’ Bagus Pengguna Tertinggi dalam Telefon Android’ oleh pengguna Tmall China. Kelebihan jangka hayat HONOR X9 5G yang hanya menyusut 3.8% dalam ujian simulasi ketahanan 36 bulan, kualitinya membuktikan ketahanan dan jangka hayatnya, sekaligus membina keyakinan kukuh dalam kalangan komuniti HONOR dan yang lain.

HONOR X9 5G –  Paparan 120Hz terkemuka dan HONOR SuperCharge 66W, Lagi Pantas Lagi Best

1) Paparan FullView 120 Hz dengan Peneraju Bezel Sempit Super dalam Industr

Menarik perhatian peminat dengan ciptaan perantinya yang maju, HONOR X9 5G membawakan paparan kadar segar tinggi 120 Hz bagi membolehkan pengguna menonton filem tanpa henti, dilancarkan lagi dengan bezel Super-Narrow 1.05mm dan nisbah skrin ke badan 94% untuk pemandangan yang sinematik. Ditambah dengan Paparan FullView HONOR 6.81 inci yang menyokong 16.7 juta warna, membuktikan paparan skrinnya yang terang untuk ditonton.

2) Bateri Tahan Lama dan HONOR SuperCharge 66W untuk Produktiviti Sepanjang Hari

Semua orang menginginkan hayat bateri yang baik. Kita hanya memerlukan satu peranti eksklusif yang boleh bertahan dalam apa jua keadaan. Terima kasih kepada HONOR SuperCharge 66W dan bateri tahan lama 4800mAh, HONOR X9 5G boleh dikuasakan sehingga 50% dengan hanya 15 minit mengecas, dan cas penuh dalam hanya 43 minit. Sekarang anda boleh memuat turun sebanyak mana game yang anda mahu dan bermain sepanjang hari!

3) Pemproses Qualcomm® Snapdragon® 695 5G

Menyentuh tentang permainan game, HONOR X9 5G tidak ketinggalan dari segi prestasinya kerana peranti berkuasa ini memiliki pemproses Qualcomm® Snapdragon® 695 5G yang memberi pengalaman bermain game dengan lancar. HONOR RAM Turbo meningkatkan keberkesanan prestasinya, sekaligus pemain dapat menikmati pengalaman bermain game sepenuhnya dengan lancar. Menaiki takhta dalam kedudukan di game FPS kini hanya tinggal satu langkah!

Pra-tempah sekarang untuk dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,585.

You might also like