Sony Anjur Promosi “Raikan Hari Raya Bersama Xperia Baharu” Dengan Tawaran Menarik

Raya Leaflet A5_FA-1Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia, Sony Mobile Communications telah menganjurkan promosi “Raikan Hari Raya Bersama Xperia Baharu” yang akan berlangsung dari 22 Jun hingga 17 Julai 2016.

Sepanjang tempoh promosi ini, pelanggan yang membeli dua model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Xperia X dan Xperia XA berpeluang untuk menebus hadiah eksklusif percuma, termasuklah sarung silikon lut sinar dan juga pelindung skrin.

Raya Leaflet A5_FA-02_meitu_21Manakala pengguna peranti Xperia sedia ada pula berupaya untuk menebus Screen Warranty Care+ apabila mereka menaik taraf ke model terbaru Xperia X. Dengan adanya jaminan waranti ini, Sony Mobile akan menawarkan perkhidmatan penukaran skrin yang retak pada bila-bila masa dalam tempoh 12 bulan secara percuma (terhad untuk sekali penukaran sahaja).

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Sony atau Akaun Rasmi LINE di Sony Mobile MY.

 *Mengikut terma & syarat. Selagi stok masih ada.

You might also like