
Sony Mobile telah melancarkan siri terbaru Xperia X yang menawarkan fungsi terbaik dalam rekaan yang lebih menarik. Siri terbaru ini juga turut dilengkapi dengan teknologi kamera, antaramuka dan juga pengurusan bateri pintar yang telah diperbaharui. Di dalam majlis pelancaran yang diadakan itu, Sony Mobile Malaysia telah memperkenalkan tiga model terbarunya iaitu Xperia X, Xperia XA dan juga Xperia XA Ultra.



Sony Xperia X bermula pada 22 Jun ini, dan Xperia XA akan bermula pada 27 Jun, kedua-duanya boleh didapati di Sony Mobile Stores, Sony Centres dan juga pengedar yang sah dengan harga jualan masing-masing RM2,499 dan RM1,199.
Terdapat empat warna yang boleh dipilih untuk model Xperia X dan Xperia XA iaitu White, Graphite Black, Lime Gold dan juga Rose Gold. Manakala Sony Xperia XA Ultra pula akan mula dijual bermula Julai nanti dengan harga RM1,699 dalam tiga warna pilihan iaitu White, Graphite Black dan Lime Gold.
