Eksekutif Huawei Mengeluarkan Kenyataan Untuk Menghasilkan Peranti Nexus Pada Tahun Ini

Ketika melancarkan siri terbaru Huawei P9, Huawei P9 Plus dan juga Huawei P9 lite di Afrika Selatan baru-baru ini, Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, Charlene Munilall telah mengeluarkan kenyataan yang menarik perhatian.

pic 2Menurut Charlene Munilall, walaupun HTC telah dikatakan akan tampil dengan dua model terbaru Nexus dengan kemunculan model T-50 (skrin 5.0 inci) dan T-55 (skrin 5.5 inci), masih ada ruang untuk Huawei memperkenalkan peranti Nexus terbarunya itu pada tahun ini, sebagaimana yang telah dilakukan pada tahun 2015 yang menampilkan dua buah model Nexus dan satu daripada model tersebut merupakan unit high-end.

Berdasarkan kepada kenyataan yang telah dibuat itu, ada ramai pihak yang berpendapat bahawa ada kemungkinan besar untuk Huawei memperkenalkan tablet Nexus memandangkan model tablet Nexus terakhir hanya diperkenalkan pada penghujung tahun 2014 yang lalu.

pic 1
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Charlene Munilall selaku Pengurus Besar Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei, berhubung peranti Nexus terbarunya.
You might also like