Fon Kepala Terbaru AKG Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Disamping pengenalan produk JBL dan JBL Jr, Hot Gadgets juga melancarkan fon kepala AKG yang terbaru. Produk AKG yang menggunakan teknologi daripada Harman ditala sebaiknya untuk menandingi jenama premium yang lain termasuklah JBL dan Harman sendiri.

Awalnya, kita boleh melihat jenama ini di dalam kotak pembungkusan Galaxy S8 dan Note8. Tidak disangkal lagi, kualiti bunyi yang cukup baik membuatkan penggunanya sangat yakin akan produk ini dan tidak lagi tertumpu kepada jenama lain.

Empat model telah diperkenalkan, ianya N25, N30, N40, dan N60 NC. Kesemua model ini dilengkapi dengan ciri Hi-Res Audio untuk bunyi yang lebih imersif.

(Kiri) N25 dan N30

NC60 NC dilengkapi teknologi pembatalan bunyi bising yang mampu memutarkan lagu sehingga 30 jam. Ia boleh dilipat dengan lebih kecil melalui rekaan paksi-3D malahan juga memenangi anugerah dalam kualiti bunyi. Selain fungsi Bluetooth, wayar sambungan juga boleh dicabut. Bagi keselesaan yang maksimum, fon kepala ini juga mendapat sentuhan kulit asli.

(Kiri) N40 dan N60 NC

N25, N30, dan N40 pula dibina dengan kualiti premium dan mewah bersama kemasan logam serta eartips yang boleh ditukar. Bagaimanapun harganya akan membuatkan anda berfikir seketika.

Harga :

  • N25 – RM869
  • N30 – RM1350
  • N40 – RM1699
  • N60 NC – RM1199

Untuk mendapatkan model-model ini, anda boleh membelinya di Lazada bermula hari ini.

You might also like