Liga DotA 2 Terbesar Di Malaysia Menawarkan Hadiah Bernilai RM550,000

Malaysia Esports League (MESL) telah rasmi dilancarkan hari ini dengan hadiah bernilai RM500,000. MESL merupakan liga eSukan DotA 2 yang terbesar di Malaysia dan akan dijayakan dengan sokongan dari U Mobile dan Logitech G sebagai penaja, bersama eGG Network serta Twitch.tv sebagai rakan media penyiaran.

Bakal bermula pada 2 September 2017, dengan kelayakan akan diadakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 16 pasukan terbaik dalam pusingan kelayakan akan bersaing di dalam peringkat kumpulan selama 3 bulan. 8 pasukan teratas dari peringkat kumpulan akan bersaing di peringkat akhir untuk merebut hadiah wang tunai bernilai RM500,000. Lebih istimewa, U Mobile turut menyediakan wang tunai tambahan sebanyak RM50,000 sekiranya pemenang utama seorang pengguna aktif U Mobile.

Nilai pecahan hadiah bernilai RM500,000, tidak termasuk RM50,000 tajaan U Mobile

Semua pertandingan akan disiarkan secara langsung menerusi eGG Network dan juga Twitch.tv. Siaran eGG Network boleh ditonton secara percuma menerusi aplikasi Astro GO, dan pengguna U Mobile tidak perlu risaukan kuota kerana Video-Onz turut menyediakan data khas untuk Astro GO.

Tidak dilupakan kepada pelangan U Mobile, anda juga berpeluang untuk mendapatkan aksesori gaming bernilai RM 50 apabila menyertai pertandingan For The Win.

Mushi (kiri) dan Ohaiyo (kanan) di majlis pelancaran Malaysia Esports League (MESL)

Kepada pemain DotA 2, ini masanya untuk anda menujukkan bakat dan kemahiran yang ada, mungkin rezeki memihak kepada anda untuk ke peringkat antarabangsa. Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh melayari laman web Malaysia Esports League.

You might also like