Google Store Dibuka Di Singapura – Pixel 2XL, Google Home, Chromecast Dan Tiga Lagi Mula Dijual

Seperti biasa Singapura sering mendapat tempat di hati para pengeluar daripada negara Amerika Syarikat. Jika sekarang para pengedar Apple di Malaysia perlu merujuk kepada Apple Singapura kini Google pula membuka pasaran rasmi mereka di negara jiran tersebut.

Google Store telah dilancarkan di Singapura menawarkan beberapa barisan produk antaranya Google Pixel 2XL, Google Home, Google Chromecast, Google Home Mini, Google WiFi, dan Google Pixel Buds. Kedai rasmi ini dibuka secara atas talian dan bukan kedai fizikal, jadi setiap barangan dijual dengan nilai SGD. Namun begitu, ramai mengatakan produk yang dijual sedikit mahal berbanding harga jualan di AS.

Sumber

You might also like