
Siri Huawei P20 Pecah Rekod Jualan di Vmall – RM62 Juta Dalam Masa 10 Saat
Huawei hari ini mengumumkan rekod penjualan siri Huawei P20 di gedung atas talian, Vmall China. Hanya mengambil masa 10 saat ia mula dijual secara rasmi, Huawei berjaya memungut sebanyak RMB100 juta (hampir RM62 juta)!
Keberadaan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro di pasaran global telah mencuri perhatian ramai khususnya pengguna telefon pintar yang gemarkan aspek fotografi. Dengan angka penjualan yang boleh dibanggakan, nampaknya strategi dalam pemasaran Huawei telah menunjukkan tanda yang positif.
Di Malaysia Huawei P20 dan Huawei P20 Pro dijual pada harga RM2,599 dan RM3,299 seunit. Peranti ini boleh didapat di gedung beli-belah atas talian seperti Lazada, 11street, dan Shopee atau di kedai-kedai sah seluruh Malaysia.