Xiaomi Black Shark Skywalker Muncul Di GeekBench, Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 855 & 8GB RAM

940
- Iklan -

Sebuah telefon pintar baru dengan kod nama “Blackshark Skywalker” kini muncul di platform penanda aras Geekbench. Jika dilihat daripada namanya, kita sudah dapat menjangkakan bahawa ia merupakan sebuah peranti terbaharu daripada Xiaomi.

Senarai Geekbench menunjukkan Blackshark Skywalker dikuasakan oleh cip pemproses dengan kod “MSMile”. Sebelum ini, terdapat maklumat mendedahkan kod tersebut adalah nama yang merujuk kepada cip pemproses terbaru, Snapdragon 855. Blackshark Skywalker juga berkemungkinan disokong oleh memori sebesar 8GB RAM dan sistem operasi Android 9 Pie.

Berdasarkan senarai Geekbench, Blackshark Skywalker mencatatkan 3,494 mata dalam ujian satu teras dan 11,149 mata untuk ujian pelbagai-teras.

[SUMBER]

_____________________________________________________________

Artikel Berkaitan :