Google Memberhentikan Picasa Untuk Memberi Fokus Pada Google Photos

picasa_logo-930x488

Google telah memutuskan untuk memberhentikan servis Picasa dalam masa beberapa bulan lagi. Langkah ini diambil bagi memberikan fokus sepenuhnya kepada Google Photos dan Google menjanjikan bahawa migrasi dari Picasa kepada Google Photos adalah sangat berbaloi.

Untuk menyokong proses migrasi dari Picasa ke Google Photos, Google telah berusaha untuk menjadikan proses tersebut mudah dan cepat, anda cuma perlu log masuk akaun Google Photos melalui Web Album Picasa dan semua kandungan seperti video dan gambar yang sedia ada pada Picasa akan dipindah masuk ke Google Photos

Selain itu Google juga akan menghentikan sebarang kemas kini dan sokongan baru terhadap aplikasi desktop Picasa bermula dari 15 March 2016, bagi yang sudah menggunakan aplikasi tersebut anda masih boleh menggunakannnya seperti biasa.

You might also like