Street Fighter V Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

sfv_beta_restart

Street Fighter V telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, majlis yang diadakan di Art Paper Works dihadiri oleh pelbagai pihak penaja dan syarikat yang terlibat secara langsung dalam penjualan siri permainan tersebut seperti Gamer Hideout, Streamline Studios, Telekom Malaysia dan MDeC.

Majlis itu juga dibanjiri oleh ramai peminat setia siri permainan tersebut yang beratur bagi merasai pengalaman pertama Street Fighter V dan melakukan pre-order permainan tersebut. 100 pesanan terawal pada majlis tersebut menerima t-shirt dan pelekat istimewa. Selain itu satu pertandingan permainan turut diadakan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM 2,000.

Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang memberikan pengunjung pelbagai produk menarik seperti SFV Arcade FightStick Tournament Edition, figura BigBoysToys Ken / Chun-Li, Mad Catz SFV FightPad Pro dan baucer Gamers Hideout bernilai RM100. Bagi mereka yang berminat mendapatkan permainan ini anda bolehlah membeli dari Gamer Hideout (salinan fizikal) bernilai RM 239 ataupun dari stor Steam (salinan fail komputer) pada harga RM 222.

https://gamershideout.com.my/index.phproute=product/product&product_id=1545&search=fighter+v

 

You might also like