HUAWEI nova 6 Menjadi Raja Swafoto Dari DXOMark – Mencapai Skor 100

Siri HUAWEI nova 6 kini berlangsung di China, sementara menantikan pengumuman rasmi kehebatan peranti ini, DXOMark telah mendedahkan capaian skor bagi kamera peranti baharu ini.

nova 6 bukan sahaja mempunyai prestasi hebat di mana menyokong cip pemproses Kirin 990 di bawah sokongan rangkaian 5G, ia juga merupakan peranti yang memfokuskan pada penggambaran terutamanya hasil swafoto yang menakjubkan.

Melalui skor yang dikongsikan oleh DXOMark, nova 6 berjaya menjadi raja swafoto dengan skor setinggi 100, yang mana memenangi peranti flagship lain termasuk Samsun Galaxy Note 10. nova 6 hadir dengan dwi-kamera yang mana terdiri daripada kombinasi 32MP sensor dan wide-angle.

Hasil gambar swafoto

Adakah siri nova 6 akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, masih tidak ketahui lagi. Mungkin varian berlainan yang akan diperkenalkan seperti nova 5T sebelum ini, kita nantikan sahaja.

 

You might also like