
Smartphone 5G OPPO Dengan Sokongan Cip Snapdragon 865 & 765G Bakal Muncul Pada Q1 2020
Seiring acara tahunan Sidang Kemuncak Tech Qualcomm Snadragon 2019 baru-baru ini, OPPO juga mengumumkan bahawa mereka bakal muncul dengan smartphone 5G yang dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 865 dan akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2020.

Di samping itu, OPPO turut mengumumkan bahawa pewaris baru mereka iaitu OPPO Reno3 Pro bakal diperkasakan dengan chipset Snapdragon 765G yang dilengkapi dengan sokongan 5G bersepadu – sekaligus menjadikan OPPO Reno3 Pro antara smartphone pertama yang dilengkapi dengan sokongan mod dual 5G.
Naib Presiden OPPO dan Presiden Jualan Global, Alen Wu berkata pemproses Snapdragon 865 memberikan lebih kuasa kepada peranti dan menyajikan smartphone premium dengan sokongan 5G. Peranti ini berfungsi dengan lebih baik – teruatamanya pada sokongan kamera, permainan mudah alih dan AI dengan prestasi lebih baik.

Tambah beliau lagi, OPPO Reno3 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 765G pula membolehkan pengguna menikmati sambungan 5G yang unggul dengan prestasi luar biasa. Dalam pada itu, OPPO juga merancang untuk melancarkan lebih banyak produk 5G pada masa akan datang bagi menggalakkan pecutan penggunaan rangkaian 5G di dunia.
OPPO sentiasa komited dalam usaha menyampaikan yang terbaik buat pengguna dan berusaha lebih dalam mempromosikan smartphone dengan sokongan 5G. Pada Mei lalu, OPPO secara rasmi memperkenalkan OPPO Reno 5G di Swiss – sekaligus menjadikannya smartphone 5G pertama di Eropah.
Seterusnya, OPPO melancarkan pula peranti tersebut di Australia, Inggeris dan Italia. Manfaat daripada OPPO Reno 5G, Qualcomm dan Ericsson berjaya merangkul penghargaan “Best 5G Network Development in Europe” pada Jun lalu. OPPO juga berhasil melakukan panggilan internet (VOIP) melalui jaringan 5G pertama kali di Indonesia pada 28 November 2019.

Tidak ketinggalan, OPPO juga sangat menghargai hubungan jangka panjang dengan Qualcomm – OPPO muncul dengan Flagship Find X yang mengintegrasikan pemproses Snapdragon 845. Smartphone ini berjaya memberi pengguna pengalaman baru berkat daripada reka bentuknya yang inovatif.
Seterusnya, OPPO muncul pula dengan OPPO Reno 10x zoom sekitar tahun 2019 – sebuah smartphone dengan kemampuan kamera 10x hybrid zoom yang dilengkapi prosesor Snapdragon 855 dan Reno Ace dengan sokongan Snapdragon 855 Plus. Kedua – dua smartphone ini menjadi popular dalam kalangan pengguna ekoran keunggulan fotografi dan persembahan gaming mudah alih yang hebat.

