
Apple Menunjukkan Minat Dalam Teknologi Li-Fi
Seorang penggodam mendakwa beliau telah menjumpai kod Li-Fi digunakan di dalam sistem kod iOS 9.1, ianya jelas menunjukkan Apple sememangnya berminat dengan teknologi pertukaran data yang ditawarkan Li-Fi. Jika desas-desus yang dikeluarkan itu benar, kita mungkin dapat melihat peranti smartphone pertama yang menggunakan teknologi Li-Fi pada suku ke 4 tahun ini. Buat masa sekarang masih tiada peranti yang hadir dengan sokongan perkakasan teknologi Li-Fi.
Penggodam yang sama juga mendedahkan beliau menjumpai frasa kod di dalam iOS 9.3 yang dikaitkan dengan berita bahawa Apple akan membuang sambungan audio pada peranti terbaru mereka. Menurut beberapa sumber, ketika ini Apple sedang bekerjsama dengan Beats dalam menghasilkan wireless earbuds yang boled dicas menggunakan bekas khas. Jika berita tersebut benar, peranti tersebut bakal dilancarkan bersama-sama iPhone 7 hujung tahun ini.


